Thursday, 23 August 2012
PENGURUSAN JENAZAH
Module Mandi Jenazah
Prepared by: Hajjah Fatimah Tun Bt Haji Saidin
Persiapan
Memberi salam.
Tukang mandi jenazah memulakan dengan meminta izin anak untuk menguruskan jenazah.
Tukang mandi jenazah, mesti sentiasa bersikap sabar dan berselawat dalam menguruskan jenazah.
Menguruskan yang baru meninggal dunia
Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan :
Hendaklah kita ucapkan :
Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.
Rapatkan kedua belah matanya.
Qiyamkan tangannya seperti dalam sembahyang.
Rapatkan mulutnya.
Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.
.
Menguruskan yang baru meninggal dunia
Luruskan kakinya.
Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
Letakkan di tempat yang tinggi.
Hadapkan ke Qiblat
Kelengkapan
Kain putih kapan (anggaran 8 ela)
Lapisan
Kain kapan 3 helai
Telekong
Baju (dipotong dari kain putih)
Cawat
Tali diambil dari tepi kain ( 3 panjang, 2 pendik)
Sarung tangan (3 helai, dijahit tepi)
Telekong dan kain sembahyang
Kapas 2 gulung (kapan dipotong sekaki pnjang)
Kain tudung putih
Kain batik lepas – 2 helai (utk tutup jenazah)
Kain batik – 5 helai
Tuala
Satu botol air mawar
Minyak wangi attar
Serbuk (warna cokelat)
Gunting tajam
Sikat
Sarung tangan getah
Getah ikat
Tali rafia/ tali
Pekakas Mandian
Sabun mandi (potong dua)
Putik kapas
Sarung tangan yang dijahit dari kain putih
Air daun pandan / daun bidara (pandan diblend halus and campur air, satu jag besar)
Air kapur barus (satu jag besar, kapur dibungkus dlm kain putih, ditumbuk dan
kemudian di rendam dlm air panas, dan dicampur dgn air suam)
Bara dan kemenyan (utk semasa mencuci kemaluan, sekiranya terdapat
bauan yang tidak enak)
Baldi dan gayong
Bantal yang di sarung plastik
Langkah-Langkah Memulakan penyiapan alat mengkafan
Ukur jenazah menggunakan tali, lebihkan dalam 6 inci selepas hujung jari kaki dan kepala.
Potong kain putih kafan mengikut panjang tali sebanyak 3 helai
Potong tali untuk mengikat jenazah dari tepi kain sebanyak 4 panjang, tali yang
keempat digunting 2). Ikatan yang panjang di siku, pinggang dan lutut, yang pendik
dihujung kepala dan kaki).
Potong utk cawat dan tudung ( 2 helai 3 segi), dan satu kain 4 segi panjang utk
dibuat cawat dan diisi dengan kapas , dilipat dua diletakkkan atas cawat, akan
dipakaikan selepas mandi, sebelum dibawa masuk utk dikapankan.)
Potong untuk sarung tangan 3 helai (6 kali 6 inci, dijahit atas dan tepi, ditinggalkan ditepi
utk dibuat tali).
Kain utk isi kapur barus
Susunan kain kapan
Letakkan alas dibawah (toto), bantal.
Susun kain kafan 3 helai (setiap lapisan ditaburkan serbuk wangian), beserta tali dibawah, anggarkan posisi siku, pinggang dan lutut
Telekong, lebihkan utk memasukkan muka
Tudung putih
Susun dan letakkan ketepi
Langkah-Langkah
Memandikan jenazah (1/3)
Pastikan jenazah hanya memakaikan kain, sekiranya jenazah masih memakai pakaian lengkap, dibukakan dahulu sebelum dibawa ketempat mandian.
Angkat jenazah ketempat mandian, ditutup, supaya tidak mengaibkannya.
Dtempat mandian,
Pasangkan air yang perlahan, supaya tidak menyakitkan jenazah
Tanggalkan kain dan tutup dengan kain batik, sekiranya nipis,
gunakan selendang untuk menutup kemaluannya
Jiruskan air keatas jenazah seluruh badan dan kepala,
mulakan dengan kepala
Sekira jenazah telah agak kaku, urut-urukan sendinya utk melembutkan
ia bagi memudahkan proses mengkafan.
Sabunkan rambut dan bahagian celah-celah ketiak, kelengkang,
jari-jari tangan dan kaki dan gosokkan gigi dan mulut secara lembut
Cuci muka, mata, mulut, telinga, kuku tangan dan kaki, menggunakan
putik kapas
Sarungkan sarung tangan dan cuci kemaluan depan dan belakang,
sehingga bersih, sambil menekan perutnya.
Setelah, jenazah dipastikan bersih.
Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :
Lafaz niat memandikan jenazah perempuan :
"Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala"
Jiruskan dengan air daun pandan, seiring dengan air mengalir.
Kemudian dikuti dengan air kapur barus.
Kemudian ambilkan wuduknya.
Lapkan jenazah dengan tuala, pastikan sekelilingnya juga kering.
Pakaikan cawat kepada jenazah, dan disarungkan kain sembahyang putih.
Tutup jenazah dengan kain yang bersih dan kemudian diangkat untuk dikafankan.
Jika ada yang tercabut atau terlerai dari jenazah, hendaklaklah di kafankan sekali bersama jenazah.
Bentangkan toto dan susunan kain kafan tadi bagi meletakkan jenazah.
Pastikan kepalanya selesa, betulkan kedudukan kepala bagi memudahkan memakaikan telekung.
Pastikan jenazah bersih sentiasa.
Balut jenazah dengan kapas, keseluruhannya, tangan, dada, kaki. Tinggalkan sekeping utk menutup muka.
Pakaikan bajunya, tudungnya
Masukkan telekungnya
Qiyamkan tangannya
Kemaskan dan mulakan mengkafan sekeping demi sekeping. Dari kanan kekiri jenazah, berselang seli. Kemaskan.
Renjiskan air mawar keatas jenazah.
Ikatkan disebelah kiri jenazah, pada siku, pinggang, lutut dan kaki.
Tinggalkan bahagian muka untuk membolehkan anak, cucu mengucapkan selamat jalan dan kucupan terakhir. Pastikan tiada airmata yang menitis keatas jenazah.
Setelah selesai, letakkan kapas dimuka dan ditutup dan ikat dihujung kepala.
Angkat jenazah beserta alasnya keatas keranda pengusung utk dibawa ke masjid utk disembahyangkan / sekiranya dirumah, menghadap kekiblat, untuk disembahyangkan.
SELESAI
Subscribe to:
Posts (Atom)